Monday, 22 February 2016

TEMPAT MENARIK DI MELAKA


Melaka Bandaraya Bersejarah, entah kali ke berapa kami ke sini pun dah tak berapa ingat lima atau enam kali agaknya, namun tak pernah jemu-jemu untuk datang kembali.Ini entri penutup percutian keluarga ana ke Melaka pada 24-25 hb Oktober 2015 lalu. Alhamdulillah sangat menarik dan kali ini sempat ke beberapa buah tempat tarikan baru yang ada di Melaka yang belum kami jejaki. Sebagai panduan kepada mereka yang tercari-cari tempat yang boleh dikunjungi di Melaka, ana rangkumkan seberapa info yang ada.Mudah-mudahan dapat membantu.Memang benar, sebelum memulakan suatu percutian khasnya bersama keluarga, kita perlu ada beberapa info penting seperti ke mana ingin pergi, lokasi, kadar bayaran masuk dan sebagainya supaya melancarkan percutian. Jom teruskan pembacaan di anajingga.com.

Percutian keluarga kali ini kami menginap di sebuah banglo homestay lima bilik yang sangat selesa di Bukit Beruang .Entri penuh boleh baca di SINI . Selepas selesai check-in ,makan tengahari dan solat Zohor kami meneruskan perjalanan ke Banda Hilir, Melaka. Dan tempat wajib singgah tak lain tak bukan ialah Kota A Farmosa .Sekitar Banda Hilir semakin pesat membangun, di sini terletaknya Menara Taming Sari yang boleh kita naiki sambil menikmati pemandangan indah 360` di puncak menara yang tinggi. Ana pernah menaikinya dahulu dan kali ini kami tidak menaikinya lagi.Jimat kos.





Di puncak Bukit St Paul , Melaka


Pemandangan dari atas bukit di A Farmosa


Alhamdulillaj berjaya juga mendaki puncak Bukit St Paul ni kali ini kerana selalunya memang malas nak naik, kali terakhir naik pun sewaktu masih single mingle dulu bersama kawan-kawan. Dari puncak bukit satu pemandangan indah sekitar bandar Melaka termasuklah Selat Melaka dapat kita lihat.

Kami teruskan bersiar-siar disekitar Banda Hilir hingga ke Jonker Walk. Menaiki River Cruise Melaka selepas waktu Maghrib dan harga tiket dah naik kepada RM15 untuk dewasa. Pengalaman menaiki River Cruise buat kali kedua ni tak banyak berbeza, masih mengemudi di sepanjang Sungai Melaka cuma persekitaran semakin pesat membangun dengan bangunan-bangunan moden.



Sekitar Stadthuys ,Banda Hilir ,Melaka





Melaka River Front, laluan River Cruise





Menaiki kereta kuda selain beraneka beca yang cantik-cantik di Banda Hilir


Bergambar di hadapan Hard Rock Cafe, Jonkers Walk


Kami pulang ke homestay dan berehat manakala malamnya ada indoor games di kalangan ahli keluarga yang sangat meriah. Keesokkannya selepas sarapan di homestay yang kami masak sendiri bersama-sama dan check-out dalam jam 11 pagi, kami meneruskan semula lawatan ke Banda Hilir sekali lagi. Kali ini terus ke perkampungan Portugis. Namun hampa kerana tiada sebarang aktiviti yang ada di sana sekadar melihat pemandangan di tepi laut dan beberapa rumah kediaman penduduk yang berbangsa Portugis.Menurut salah seorang penghuni di sana aktiviti hanya ada pada waktu malam tertentu sahaja disini.

Kemudian kami teruskan perjalanan ke Kampung Morten dan disambut mesra oleh tuan rumah di Villa Sentosa, sebuah muzium hidup yang sangat istimewa dengan ciri-ciri tradisional Melayu. Di tepian Sungai Melaka dan di kelilingi bangunan-bangunan moden namun Kampung Morten tetap utuh dengan konsep tradisi kampung Melayu Melaka. Baca kisah penuh Villa Sentosa di SINI .




Pemandangan di perkampungan Portugis ,Melaka



Villa Sentosa, Kampung Morten


Kembali ke Banda Hilir untuk makan tengahari di Kak Mah Asam Pedas, menikmati asam pedas daging tetel yang terkenal di sini. Kami mencari lokasi rumah terbalik Melaka di sekitar Plaza Mahkota, namun agak kecewa kerana terlalu ramai yang sedang menunggu giliran untuk masuk dan kami batalkan sahaja.Tiket masuk berharga RM15 dewasa dan suasananya sama seperti yang terdapat di Rumah Terbalik Port Disckson yang pernah ana ceritakan di SINI .

Selepas membeli belah cenderahati dan belacan serta gula melaka untuk di bawa pulang dan masa masih awal, kami kembali ke Muzium Kesultanan Melayu di hadapan Plaza Mahkota. Tiket masuk ke sini dah naik RM3 seorang. Tempat wajib singgah kalau ke sini kan.




Dan sebelum perjalanan pulang kami ke Pantai Klebang untuk singgah ke satu lagi tarikan baru di sini iaitu Muzium Kapal Selam. Baca entri penuhnya di SINI . Memang tak puas dan tak habis pun lawatan ke Melaka ni dalam masa dua hari satu malam.Melaka penuh dengan pelbagai tarikan dan banyak tempat-tempat menarik yang harus di kunjungi. Cuma perlu ada tenaga yang kuat untuk berjalan kaki dari satu destinasi ke destinasi yang lain di sekitar Banda Hilir dan sediakan sahaja wang yang mencukupi untuk masuk ke tempat-tempat yang dikenakan bayaran.




Waktu malam di Banda Hilir dengan beca yang cantik-cantik

Ana senarai kan di sini beberapa lagi tempat menarik yang ada di Melaka yang boleh dikunjungi dari carian di laman web.Rancanglah percutian anda sebaik mungkin agar dapat singgah ke seberapa banyak tempat-tempat menarik yang ada disini, In Shaa Allah. 


Makam Hang Tuah
Makam Tun Teja
Perkuburan Belanda
Makam Hang Jebat
Makam Hang Kasturi
Perigi Hang Li Poh
Makam Sultan Hussein
Perigi Hang Tuah
Perigi Raja
Kota Kuala Linggi
A Famosa
Kota St. John
Masjid Selat 
Masjid Kampung Hulu
Masjid Tengkera
Porta De Santiago
Jonker Walk
Villa Sentosa
Tanjong Tuan
Kota St. John
Dataran Portugis
Kampung Chitty
Muzium Pemerintahan Demokrasi
Muzium Islam Melaka
Istana Kesultanan Melaka
Muzium Sejarah dan Ethnografl
Galeri Laksamana Cheng Ho
Muzium Sastera
Muzium Belia Malaysia
Galeri Seni PERZIM
Muzium Rakyat
Muzium Kecantikan
Galeri Layang-layang
Muzium Samudera ( Flor de La Mar)
Muzium UMNO
Muzium Warisan Baba dan Nyonya
Muzium Setem Melaka
Taman Mini Malaysia
Taman Mini Asean
Zoo Melaka
Taman Burung
Taman Buaya
Dataran Sejarah
Taman Budaya Melaka
Muzium Orang Asli
Taman Ular dan Reptilia
Taman Rama-rama
Sungai Melaka
Menara Taming Sari
Dataran Pahlawan
Dataran Sejarah
Dataran Bandaraya
Pantai Klebang
Pantai Tanjung Bidara
Pantai Puteri
Pantai Pengkalan Balak
Pantai Kundor
Pulau Besar


~berkongsi tempat-tempat menarik yang ada di Melaka~

QALIES HOMESTAY MELAKA

QALIES HOMESTAY  TYPE - B 
Hubungi:Noor
016-6778779@018-3893148

4 Bilik + 3 Aircond + 2 Bilik Air 
 ( 3 KATIL QUEEN + 2 KATIL BUJANG)

KADAR SEWAAN

RM 220/Malam-Hari Biasa
RM 275/Malam-Hujung Minggu(Jumaat-Ahad+Cuti Sek Umum)

Qalies Homestay Melaka Type B, Semi D Terletak di Bukit Katil, Taman Merak Mas, Ayer Keroh (Lokasi Strategik)

*Berdekatan Bayou Lagoon Park Resort dan Gold Coast Malacca International Resort
*8km dari Tol Ayer Keroh Melaka


Kemudahan pada 4 buah Bilik Tidur:-
šŸµ Master Bedroom~(katil Queen, Aircond, kipas siling,almari pakaian, Water heater)šŸµ Bilik ke 2 (katil Queen, Aircond, kipas siling & almari pakaian)
šŸµ Bilik ke 3 (katil Queen, Aircond, kipas siling & almari pakaian)
šŸµ Bilik ke 4 (2 katil Single, kipas siling )

Kemudahan asas yang disediakan:-

1. TV +Astro(njoi)
2. Set Sofa (2 +2+ 1)
3. Seterika dan Iron Board.
4. Meja makan 
5. Peti Ais , Periuk Nasi & Cerek elektrik. 
6. Dapur Gas memasak
7. Mesin basuh .
8. Pinggan mangkuk, kuali, dulang & set cawan kopi
9. Kemudahan Solat
10.Water Heater.
11.Kemudahan tempat letak kereta yang luas

Alamat:
No 4 Jln Merak 16A
Bukit Katil (Tmn Merak Mas),Ayer Keroh,Melaka.
šŸŒŗšŸŒŗšŸŒŗšŸŒŗšŸŒŗšŸŒŗšŸŒŗšŸŒŗšŸŒŗ




    
 RUANG PORCH

RUANG TAMU


















RUANG DAPUR


BILIK NO.1

BILIK NO.2

BILIK NO. 3
BILIK NO. 4



QALIES HOMESTA TYPE - A 
Hubungi Noor:
016-6778779@018-3893148

4 Bilik + 3 Aircond + 2 Bilik Air 
 ( 3 KATIL QUEEN + 1 KATIL BUJANG)

KADAR SEWAAN

RM 175/Malam-Hari Biasa
RM 230/Malam-Hujung Minggu(Jumaat-Ahad)

RM 245/Malam-Cuti Sek Umum

*Qalies Homestay -SEMI D terletak di Taman Damai 2, Bukit  Katil, Ayer Keroh (Lokasi Strategik)*Berdekatan Bayou Lagoon Park Resort dan Gold Coast Malacca International Resort yang di*Lucky Homestay ini adalah yang menawarkan 4 buah bilik tidur & 3 buah bilik Aircond & 2 buah bilik air terletak hanya 8km dari Tol Ayer Keroh & berdekatan Bandar Melaka.


Kemudahan pada 4 buah bilik tidur:-a. Master Bedroom(katil Queen, Aircond, kipas siling,almari pakaian, Water heater)
b. Bilik ke 2 (katil Queen, Aircond, kipas siling & almari pakaian)
c. Bilik ke 3 (katil Queen, Aircond, kipas siling & almari pakaian)
d. Bilik ke 4 (1 katil Single, kipas siling )

Kemudahan asas yang disediakan:-
  • TV+Astro njoi
  • Set Sofa (3 + 2)&Kerusi Kayu
  • Seterika dan Iron Board.
  • Meja makan 
  • Peti Ais , Periuk Nasi & Cerek elektrik. 
  • Dapur Gas memasak
  • Mesin basuh automatik.
  • Pinggan mangkuk, kuali, dulang & set cawan kopi
  • Kemudahan Solat
  • Water Heater.
  • Kemudahan tempat letak kereta yang luas


Pusat2 tarikan pelancongan berhampiran:


(1). 2 KM ke Perigi Hang Tuah.

(2). 5 KM ke MITC, Melaka.

(3). 2 KM ke KFC 24jam, Taman Tema Air Bayou Lagoon Resort.

(4). 2 KM ke Dewan Tun Ali dan Rumah Media Melaka.

(5). 3 KM ke Pantai Medical Centre

(6). 3 KM ke Jaya Jusco, Melaka Mall, Graha Makmur, Mahkhamah Rendah Melaka &Tinggi Melaka.

(7). 5 KM ke Multimedia Universiti, Manipal College,KYM,Utem

(8). 5 KM ke MITC, Zoo Melaka,Mini Malaysia,Mini Asean,Mydin, MIMC(Racetrack),Bowling Mitc

(9). 5Km ke Melaka Wonderland.

(10).5KM ke Medan Ikan Bakar Muara Sungai Duyung

(11).5Km ke Pusat Bandar 7 Malacca River Cruise.

(12).6-7km Dataran Pahlawan,Mahkota Parade, Eye On Melaka, Menara Taming Sari, Kota AFamosa,
(13) . 6-7 KM ke Medan Ikan Bakar Umbai 

ALAMAT:
Qalies Homestay Melaka
No.7, JlnBKD 17,
Taman  Bukit Katil Damai 2,
Bukit Katil,Melaka.





Untuk Tempahan sila hubungi:
Call/WhatsApp:
Noor:018-3893148@016-6778779
Lain-lain Terma&Syarat Qalies Homestay Melaka:
*Untuk tempahan, deposit diperlukan adalah sebanyak RM100.00 untuk 1 hari.
*Bayaran hendaklah dijelaskan sepenuhnya semasa mengambil kunci.

Fream Qalies Homestay TypeA
Bilik Master Bed

Bilik ke 2


Bilik 3

Bilik 4