Melaka Bandaraya Bersejarah, entah kali ke berapa kami ke sini pun dah tak berapa ingat lima atau enam kali agaknya, namun tak pernah jemu-jemu untuk datang kembali.Ini entri penutup percutian keluarga ana ke Melaka pada 24-25 hb Oktober 2015 lalu. Alhamdulillah sangat menarik dan kali ini sempat ke beberapa buah tempat tarikan baru yang ada di Melaka yang belum kami jejaki. Sebagai panduan kepada mereka yang tercari-cari tempat yang boleh dikunjungi di Melaka, ana rangkumkan seberapa info yang ada.Mudah-mudahan dapat membantu.Memang benar, sebelum memulakan suatu percutian khasnya bersama keluarga, kita perlu ada beberapa info penting seperti ke mana ingin pergi, lokasi, kadar bayaran masuk dan sebagainya supaya melancarkan percutian. Jom teruskan pembacaan di anajingga.com.
Percutian keluarga kali ini kami menginap di sebuah banglo homestay lima bilik yang sangat selesa di Bukit Beruang .Entri penuh boleh baca di SINI . Selepas selesai check-in ,makan tengahari dan solat Zohor kami meneruskan perjalanan ke Banda Hilir, Melaka. Dan tempat wajib singgah tak lain tak bukan ialah Kota A Farmosa .Sekitar Banda Hilir semakin pesat membangun, di sini terletaknya Menara Taming Sari yang boleh kita naiki sambil menikmati pemandangan indah 360` di puncak menara yang tinggi. Ana pernah menaikinya dahulu dan kali ini kami tidak menaikinya lagi.Jimat kos.
Di puncak Bukit St Paul , Melaka
Pemandangan dari atas bukit di A Farmosa
Alhamdulillaj berjaya juga mendaki puncak Bukit St Paul ni kali ini kerana selalunya memang malas nak naik, kali terakhir naik pun sewaktu masih single mingle dulu bersama kawan-kawan. Dari puncak bukit satu pemandangan indah sekitar bandar Melaka termasuklah Selat Melaka dapat kita lihat.
Kami teruskan bersiar-siar disekitar Banda Hilir hingga ke Jonker Walk. Menaiki River Cruise Melaka selepas waktu Maghrib dan harga tiket dah naik kepada RM15 untuk dewasa. Pengalaman menaiki River Cruise buat kali kedua ni tak banyak berbeza, masih mengemudi di sepanjang Sungai Melaka cuma persekitaran semakin pesat membangun dengan bangunan-bangunan moden.
Sekitar Stadthuys ,Banda Hilir ,Melaka
Melaka River Front, laluan River Cruise
Menaiki kereta kuda selain beraneka beca yang cantik-cantik di Banda Hilir
Bergambar di hadapan Hard Rock Cafe, Jonkers Walk
Kami pulang ke homestay dan berehat manakala malamnya ada indoor games di kalangan ahli keluarga yang sangat meriah. Keesokkannya selepas sarapan di homestay yang kami masak sendiri bersama-sama dan check-out dalam jam 11 pagi, kami meneruskan semula lawatan ke Banda Hilir sekali lagi. Kali ini terus ke perkampungan Portugis. Namun hampa kerana tiada sebarang aktiviti yang ada di sana sekadar melihat pemandangan di tepi laut dan beberapa rumah kediaman penduduk yang berbangsa Portugis.Menurut salah seorang penghuni di sana aktiviti hanya ada pada waktu malam tertentu sahaja disini.
Kemudian kami teruskan perjalanan ke Kampung Morten dan disambut mesra oleh tuan rumah di Villa Sentosa, sebuah muzium hidup yang sangat istimewa dengan ciri-ciri tradisional Melayu. Di tepian Sungai Melaka dan di kelilingi bangunan-bangunan moden namun Kampung Morten tetap utuh dengan konsep tradisi kampung Melayu Melaka. Baca kisah penuh Villa Sentosa di SINI .
Pemandangan di perkampungan Portugis ,Melaka
Villa Sentosa, Kampung Morten
Kembali ke Banda Hilir untuk makan tengahari di Kak Mah Asam Pedas, menikmati asam pedas daging tetel yang terkenal di sini. Kami mencari lokasi rumah terbalik Melaka di sekitar Plaza Mahkota, namun agak kecewa kerana terlalu ramai yang sedang menunggu giliran untuk masuk dan kami batalkan sahaja.Tiket masuk berharga RM15 dewasa dan suasananya sama seperti yang terdapat di Rumah Terbalik Port Disckson yang pernah ana ceritakan di SINI .
Selepas membeli belah cenderahati dan belacan serta gula melaka untuk di bawa pulang dan masa masih awal, kami kembali ke Muzium Kesultanan Melayu di hadapan Plaza Mahkota. Tiket masuk ke sini dah naik RM3 seorang. Tempat wajib singgah kalau ke sini kan.
Dan sebelum perjalanan pulang kami ke Pantai Klebang untuk singgah ke satu lagi tarikan baru di sini iaitu Muzium Kapal Selam. Baca entri penuhnya di SINI . Memang tak puas dan tak habis pun lawatan ke Melaka ni dalam masa dua hari satu malam.Melaka penuh dengan pelbagai tarikan dan banyak tempat-tempat menarik yang harus di kunjungi. Cuma perlu ada tenaga yang kuat untuk berjalan kaki dari satu destinasi ke destinasi yang lain di sekitar Banda Hilir dan sediakan sahaja wang yang mencukupi untuk masuk ke tempat-tempat yang dikenakan bayaran.
Waktu malam di Banda Hilir dengan beca yang cantik-cantik
Ana senarai kan di sini beberapa lagi tempat menarik yang ada di Melaka yang boleh dikunjungi dari carian di laman web.Rancanglah percutian anda sebaik mungkin agar dapat singgah ke seberapa banyak tempat-tempat menarik yang ada disini, In Shaa Allah.
Makam Hang Tuah
Makam Tun Teja
Perkuburan Belanda
Makam Hang Jebat
Makam Hang Kasturi
Perigi Hang Li Poh
Makam Sultan Hussein
Perigi Hang Tuah
Perigi Raja
Kota Kuala Linggi
A Famosa
Kota St. John
Masjid Selat
Masjid Kampung Hulu
Masjid Tengkera
Porta De Santiago
Jonker Walk
Villa Sentosa
Tanjong Tuan
Kota St. John
Dataran Portugis
Kampung Chitty
Muzium Pemerintahan Demokrasi
Muzium Islam Melaka
Istana Kesultanan Melaka
Muzium Sejarah dan Ethnografl
Galeri Laksamana Cheng Ho
Muzium Sastera
Muzium Belia Malaysia
Galeri Seni PERZIM
Muzium Rakyat
Muzium Kecantikan
Galeri Layang-layang
Muzium Samudera ( Flor de La Mar)
Muzium UMNO
Muzium Warisan Baba dan Nyonya
Muzium Setem Melaka
Taman Mini Malaysia
Taman Mini Asean
Zoo Melaka
Taman Burung
Taman Buaya
Dataran Sejarah
Taman Budaya Melaka
Muzium Orang Asli
Taman Ular dan Reptilia
Taman Rama-rama
Sungai Melaka
Menara Taming Sari
Dataran Pahlawan
Dataran Sejarah
Dataran Bandaraya
Pantai Klebang
Pantai Tanjung Bidara
Pantai Puteri
Pantai Pengkalan Balak
Pantai Kundor
Pulau Besar
~berkongsi tempat-tempat menarik yang ada di Melaka~
0 comments:
Post a Comment